Wednesday, December 29, 2010

5 Tips Tidak Di Rompak Oleh Pencuri....

1. Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau duit.

2. Untuk melindungi kereta anda, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.

3. Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.

4.Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka.

5. Untuk anda sendiri, jangan suka menunjuk (berdosa tau !!!)


Sewa Hotel Mahal :>

Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.






Thursday, December 23, 2010

Siapakah Yang Paling Kejam ... :D

                 Tiga orang sedang bertanding untuk membuktikan siapakah diantara mereka yang paling kejam.

                  Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu.Akhirnya perempuan itu pengsan.
Dia berpusing menghadap dua lelaki itu lalu berkata:"Akulah yang paling kejam".
                  Lelaki kedua bangun lalu merogol perempuan itu dan memukulnya hingga mati.
Dia berkata:"Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku".
Lelaki ketiga pula bangun sambil tersenyum lalu berkata:"Akulah yang paling kejam!Aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu berdua sedangkan perempuan ini adalah adik aku sendiri!"
                 
                    Perempuan itu adalah IRAQ.Lelaki pertama ialah SADDAM.Lelaki kedua adalah negara BARAT.Lelaki ketiga pula ialah umat ISLAM yang hanya berdiam diri dan melihat.

Monday, December 20, 2010

Suis Kipas..... :)

Maria dan adiknya baru sahaja pulang dari membeli-belah. Setibanya di rumah,

Maria:Dik, tolong buka suis kipas tu...
Adik:Baik kak.(Sambil berjalan ke arah suis kipas).
         15 minit berlalu, kipas masih belum berpusing.
Maria:Dik, kenapa lambat sangat?
Adik:Adik masih tak boleh bukak lagi kak...
Maria:Bukanlah, maksud kakak tekan suis kipas (Sambil menekan suis ON)
           bukan bukak kepala suis.
Adik:Oh, macam tuh......

Sinetron Cinta Kirana



Nampaknya semakin ramai yang mengikuti Cinta Kirana dan bagi yang tertinggal episod, anda boleh melayari youtube Cinta Kirana.

Pelakon

* Nia Ramadhani sebagai Kirana
* Randy Pangalila sebagai Galang
* Tsania Marwa sebagai Riana
* Kiki Farrel sebagai Baim
* Arthur Tobing sebagai Rama
* Yatti Surachman sebagai Sita
* Erly Ashy sebagai Aida
* Emma Waroka sebagai Sandra
* Revand Narya sebagai Evandra
* Mama Dahlia sebagai Dahlia
* Unang sebagai Tejo
* Indah Ayu Putri sebagai Joana